FAQ Overview

Akademi Youtuber Malaysia (Guru)

Apa itu Akademi Youtuber?

Akademi Youtuber sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk melatih Guru menjadi Youtuber menerbitkan video pendidikan di Malaysia. 

Selain daripada bertanggungjawab untuk memperbanyakkan konten ilmiah ke dalam pelantar media sosial, Akademi Youtuber juga merancakkan dunia pendidikan di Malaysia dengan kerjasama guru-guru seluruh negara.

Berjaya menghimpunkan lebih 10,000 guru menyertai Akademi Youtuber bermula Julai 2020. 

"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:57


Siapa yang menguruskan Akademi Youtuber?

Akademi Youtuber diuruskan oleh sekumpulan guru yang digelar "Sukarelawan AYU". Para sukarelawan ini terdiri daripada guru-guru yang masih berkhidmat dan telah bersara dalam perkhidmatan. Demi cintakan dunia pendidikan, semua berganding bahu untuk melihat lebih banyak konten pendidikan di dalam pelantar Youtube dan media-media sosial yang lain.  Memperbanyakkan konten pendidikan adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan negara terus melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu. 

Lihat organisasi AYU di sini : https://www.akademiyoutuber.com/p/organisasi-akademi-youtuber-malaysia.html

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:57


Apa matlamat Akademi Youtuber?

Melahirkan seramai yang mungkin Youtuber untuk menerbitkan video-video dalam kategori pendidikan di Malaysia. Tidak berfokus kepada guru semata-mata, sesiapa sahaja mampu menerbitkan video ilmiah sekiranya berhasrat untuk menyumbang sesuatu dalam dunia pendidikan di Malaysia walaupun umum mengetahui konten berkaitan pendidikan tidak begitu mendapat sambutan hangat sepertimana kategori lain, namun setiap daripada kita memiliki ilmu yang rugi sekiranya disimpan untuk kegunaan sendiri semata-mata. 

Ilmu untuk dikongsi, bukan untuk disimpan tidak diwarisi. Menjelang 2025, Akademi Youtuber akan memiliki lebih daripada 1,000 youtuber pendidikan yang berjaya melepasi dan menyertai Youtube Partner Program. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:57


Kerjasama Akademi Youtuber?

Akademi Youtuber Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak khususnya berkaitan dunia pendidikan di Malaysia. Terbuka untuk berkerjasama dengan mana-mana organisasi bagi memeriahkan lagi dunia pendidikan. 

Sehingga kini Akademi Youtuber telah berjaya menjalinkan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dengan organisasi besar seperti eDidik Malaysia, Kelab Guru Malaysia (FB), Geomatika University College, Fakulti Pengajian Pendidikan - UPM, UPSI, BSTP-KP, BPK-KPM, JPN dan PPD di beberapa tempat. 

Akademi Youtuber menggunakan konsep #kitabantukita telah berjaya melahirkan guru-guru yang celik dunia pendidikan digital yang mampu menyumbang sesuatu kepada negeri dan daerah masing-masing. Buktinya pelbagai program menarik berjaya dilaksanakan dengan bantuan para youtuber di seluruh negara.

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:57


Apa output Akademi Youtuber?

Guru berkemahiran aplikasi dunia pendidikan digital

Guru berkeyakinan mendepani era revolusi industri 4.0

Lebih 20,000 Video pendidikan bermanfaat berjaya diterbitkan

Lebih 4,000 Tuisyen Percuma secara dalam talian untuk dimanfaatkan

Terus menerbitkan aplikasi pendidikan di Malaysia

Bersedia mempercepatkan proses penyampaian ilmu pendidikan digital ke seluruh negara.

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:57


Adakah Akademi Youtuber membuka peluang kepada orang ramai selain guru?

Akademi Youtuber ditubuhkan untuk memperbanyakkan konten dalam kategori pendidikan di Malaysia dengan mensasarkan guru sebagai keutamaan. Namun yang demikian, peluang akan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk menghasilkan konten pendidikan. Perkongsian ilmu tidak menjurus kepada apa yang ada di dalam buku teks sahaja. Dunia ilmu sangat luas yang boleh diketengahkan oleh sesiapa sahaja yang memilikinya. 

Pada masa hadapan, Akademi Youtuber akan membuka peluang kepada bakal Youtuber selain daripada guru. Semoga sabar menanti.

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:59


Apa Pencapaian Akademi Youtuber?

Guru berkemahiran aplikasi dunia pendidikan digital

Guru berkeyakinan mendepani era revolusi industri 4.0

Lebih 20,000 Video pendidikan bermanfaat berjaya diterbitkan

Lebih 4,000 Tuisyen Percuma secara dalam talian untuk dimanfaatkan

Terus menerbitkan aplikasi pendidikan di Malaysia

Bersedia mempercepatkan proses penyampaian ilmu pendidikan digital ke seluruh negara.

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:59


Organisasi yang terlibat dengan Akademi Youtuber?

Akademi Youtuber Malaysia ditubuhkan hasil kerjasama dengan eDidik Malaysia dan Kelab Guru Malaysia.

Selain daripada itu, Akademi Youtuber juga menjalinkan kerjasama dengan pelbagai organisasi pendidikan yang terdapat di Malaysia. 

Berikut senarai organisasi yang pernah menjalinkan kerjasama/berkolaborasi dengan Akademi Youtuber sepanjang tempoh pandemik Covid-19 melanda negara (2020-2021) :

DidikTV-KPM
BSTP-KPM
BPI-KPM
BPK-KPM
JPN SABAH
JPN PENANG
JPN KEDAH
JPN MELAKA
JPN JOHOR
JPN TERENGGANU
PPD MANJUNG
PPD SIPITANG
PPD BINTULU
PPD HULU LANGAT
PPD KOTA SAMARAHAN
PPD GOMBAK
PPD PORT DICKSON
PPD TUARAN, SABAH
PPD SIBU, SARAWAK
PPD HULU PERAK
PPD DUNGUN
PPD SETIU
IPG KAMPUS TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN
UNIT TVET SEKTOR PEMBELAJARAN, JPN9

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:59


Hubungi Akademi Youtuber?

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:59


Bagaimana untuk menyertai Akademi Youtuber?

Pengambilan ahli baru untuk dilatih akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan barisan sukarelawan sedia ada. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan di http://t.me/akademiyoutuber mohon semua berada di sana untuk mengikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Kredit AYU (Pelajar)

Bagaimana untuk dapatkan kredit AYU untuk pelajar?

Bagaimana untuk dapatkan kredit AYU untuk pelajar?

Masih ramai yang belum tahu cara untuk ikuti kelas dan tebus ganjaran terkumpul bernilai lebih RM13,000

1. ✅ Daftar ID eDidik Junior - https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html
2. ✅ Ikuti Kelas Live / Program Khas AYU , lihat jadual - https://www.akademiyoutuber.com/p/pusat-tuisyen-ayu-pusat-tuisyen-percuma.html
3. ✅ Dapatkan KOD Kelas / Program Khas, kumpul mata kredit - https://www.akademiyoutuber.com/p/rekod-kredit-pelajar-akademi-youtuber.html
4. Kredit Terkumpul sudah banyak! Jom pilih hadiah di sini - https://www.akademiyoutuber.com/p/kredit-ayu-ganjaran-hebat-akademi.html

❤️ Semua kelas & program khas dijalankan secara PERCUMA! hanya di Akademi Youtuber Malaysia

Maklumat lanjut, kunjungi www.akademiyoutuber.com atau muat turun di Google Playstore aplikasi himpunan lebih 20,000 Video pendidikan melalui pautan berikut https://play.google.com/store/apps/details?id=com.akademiyoutuber.appname

Terima Kasih.

#kitabantukita

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 05:00


Bagaimana untuk menebus ganjaran yang ditawarkan?

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Bila boleh mula menebus hadiah yang ditawarkan?

Setiap pelajar boleh mula menebus hadiah pada 25 haribulan setiap bulan sekiranya kredit terkumpul telah mencukupi. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Adakah kredit terkumpul kekal selamanya?

Tidak, setiap kredit yang dikumpul perlu dihabiskan dalam tempoh 365 hari sahaja. Sekiranya tidak dihabiskan dalam tempoh tersebut, nama akan tercalon dalam cabutan bertuah berdasarkan jumlah kredit yang masih ada mengikut nisbah yang akan ditetapkan. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Siapa yang boleh menyumbang hadiah?

Pihak Akademi Youtuber menerima sumbangan daripada siapa sahaja untuk menyumbang hadiah untuk para pelajar. Setiap hadiah diuruskan oleh sukarelawan khas Akademi Youtuber. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Siapa yang menguruskan hadiah?

Sukarelawan Akademi Youtuber. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Boleh berhubung terus dengan penyumbang hadiah?

Tidak, pelajar tidak dibenarkan berhubung terus dengan penyumbang untuk sebarang proses menebus ganjaran. Hanya urusetia yang terlibat akan menguruskan setiap aktiviti menebus ganjaran. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Boleh ibu bapa menyumbang hadiah?

Ya! Ibu bapa juga boleh menyumbang hadiah dengan menghubungi sukarelawan yang terlibat untuk sebarang urusan. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Bila hadiah akan dihantar kepada pelajar?

Hadiah akan mula diproses pada 26-27hb setiap bulan dan akan dihantar dalam masa terdekat kepada penerima. Lazimnya akan mengambil masa 7 hari bekerja untuk proses pembelian dan penghantaran. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58


Bagaimana dengan hadiah yang diterima rosak?

Akademi Youtuber tidak bertanggungjawab dengan sebarang hadiah yang diterima mengalami kerosakan akibat kecuaian pihak lain. Setiap hadiah yang dihantar sememangnya dihantar dalam keadaan baik dan boleh digunakan. Sekiranya ada sebarang kerosakkan, boleh berhubung dengan pembekal yang menghantar hadiah tersebut. 

Author: Akademi Youtuber
Last update: 2021-11-16 04:58